
MYSA sasar jadi pembangun teknologi angkasa
BAHAGIAN 1 SEJAK penubuhannya pada tahun 1988, Agensi Angkasa Malaysia (ANGKASA) telah dipertanggungjawabkan untuk merintis teknologi yang berkaitan dengan angkasa lepas. Pada 20 Februari 2019, Kerajaan Malaysia melalui Mesyuarat Kabinet telah meluluskan pembentukan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) melalui rasionalisasi penggabungan Agensi Angkasa Malaysia (ANGKASA) dan Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM).