Berita

Manfaatkan teknologi angkasa dalam kehidupan

||||
- Diterbit 27 Oktober 2020 7:01 AM MYT
BAHAGIAN 2

SEJAK penubuhannya pada tahun 1988, Agensi Angkasa Malaysia (ANGKASA) telah dipertanggungjawabkan untuk merintis teknologi yang berkaitan dengan angkasa lepas.

Pada 20 Februari 2019, Kerajaan Malaysia melalui Mesyuarat Kabinet telah meluluskan pembentukan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) melalui rasionalisasi penggabungan Agensi Angkasa Malaysia (ANGKASA) dan Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM).

Penggabungan itu merupakan satu inisiatif kerajaan dalam menerajui pelaksanaan Dasar Angkasa Negara 2030, khususnya bagi mengukuhkan tadbir urus kerajaan dalam sektor angkasa.

Melalui sambutan Minggu Angkasa Sedunia (World Space Week) yang disambut dari 4 Oktober hingga 10 Oktober setiap tahun, ia menunjukkan peranan MYSA dalam membangunkan teknologi angkasa di samping menanamkan kesedaran dalam kalangan pelajar dan orang ramai berkenaan dengan teknologi tersebut.

Bagi mengenali dan memahami dengan lebih dekat peranan MYSA, wartawan kanan Wilayahku, Azlan Zambry serta jurugambar Amin Farij Hasan menemubual Ketua Pengarah MYSA, Azlikamil Napiah di Ibu Pejabat MYSA baru-baru ini. Berikut adalah bahagian kedua daripada dua bahagian wawancara eksklusif ini.

WILAYAHKU: Selain daripada satelit, apakah sumbangan yang paling dekat dengan masyarakat di negara kita?

AZLI KAMIL: Pembekalan teknologi angkasa sebenarnya boleh dimanfaat dalam pelbagai bidang lain. Hari ini, kita didedahkan dengan keselamatan makanan.

Malah, kita telah membekalkan kepada nelayan negara ini dengan maklumat untuk menentukan kedudukan sumber laut negara dan mereka tidak perlu membuang masa serta tenaga untuk bergerak dari satu kawasan ke satu kawasan yang mungkin mempunyai sumber laut.

Hanya dengan satu maklumat, nelayan boleh terus ke lokasi yang ditetapkan dan Insha Allah, mereka akan berhasil mendapat sumber laut yang baik.

Yang paling penting dalam penggunaan teknologi angkasa adalah pemantauan, perancangan dan pengesanan. Selain itu, dengan teknologi tersebut, ia turut memanfaatkan golongan petani dan pihak kami telah membantu golongan tersebut menjalankan pemantauan terhadap kira- kira 10 kawasan jelapang padi negara.

Keistimewaan teknologi angkasa khususnya menggunakan teknologi Remote Sensing telah mengurangkan kos dan menjimatkan masa dan seterusnya mengumpulkan maklumat.

Berkenaan dengan pandangan masyarakat MYSA hanya beroperasi berkaitan dengan teknologi angkasa lepas sahaja dan ia seolah- olah tiada kesan langsung kepada masyarakat, boleh tuan kongsikan hasil penyelidikan dan sumbangan kepada masyarakat?
Hasrat MYSA yang pertama adalah bagaimana hendak memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan kerana ia menjadi tugas untuk berkhidmat kepada rakyat.

Jika sistem penyampaian ini cekap dan berkesan, hasilnya sudah pasti dapat dirasai oleh masyarakat. Oleh yang demikian, MYSA telah membangunkan kira-kira 40 aplikasi untuk kegunaan agensi- agensi kerajaan.

Jadi, dengan 40 sistem aplikasi yang dibangunkan itu adalah termasuklah aspek keselamatan, pertanian yang merangkumi sawah padi, perikanan dan beberapa aspek termasuk sektor perladangan yang perlu dipantau agar kos pemantauan dapat dikurangkan dengan perancangan yang tepat supaya memperolehi hasil yang berganda.

Secara tidak langsung dapat menjana pertumbuhan ekonomi negara. Kini, mungkin masyarakat di bandar tidak kenal mengenai teknologi remote sensing tetapi bagi golongan nelayan mereka sudah ‘familiar’ dengan teknologi ini kerana mereka memerlukan data-data yang ada sebelum turun ke laut.

Dan kita bekerjasama dengan persatuan-persatuan nelayan seluruh negara dan telah memberi manfaat kepada lebih 60,000 golongan nelayan. Pengukuran kecemerlangan dan impak terhadap sistem ini dapat diukur oleh pengguna sehingga mencatatkan penjimatan negara melalui pengimportan ikan dan keuntungan melalui tangkapan ikan menggunakan teknologi remote sensing.

Dengan ada maklumat- maklumat ini, kerajaan boleh memberikan maklumat yang tepat, dan ia dapat menjimatkan kewangan kerajaan kerana ia dapat mengatasi masalah ketirisan dan penipuan yang melibatkan golongan petani yang tidak menjalankan aktiviti pertanian namun sebaliknya mereka masih menerima bantuan dan subsidi daripada pihak kerajaan.

Melalui teknologi ini juga, pihak kerajaan dapat membanteras aktiviti haram seperti penerokaan tanah-tanah kerajaan secara haram dan kecurian pasir. Ini seterusnya dapat mengatasi masalah ini.

Adakah sebarang aktiviti anjuran MYSA untuk meningkatkan minat dan kesedaran pelajar terhadap teknologi angkasa?
Kita perlu melihat dua aspek iaitu yang pertama kesedaran yang merangkumi aktiviti promosi dan berkaitan dengannya. Di peringkat ini, kita ada satu agensi di bawah MOSTI yang dikenali sebagai Planetarium Negara.

Kami bersama dengan pihak Planetarium Negara menjalankan aktiviti yang dapat menyumbang kepada kesedaran pelajar dan orang ramai. Tujuannya adalah untuk memastikan negara tidak ketandusan pakar tempatan dalam teknologi angkasa dan kita perlu semai kesedaran dan minat mengenai angkasa lepas dari peringkat sekolah. Ini memakan belanja yang banyak.

Sekiranya di peringkat kesedaran berjalan dengan baik, ia dapat menghasilkan minat terhadap teknologi ini. Pengukuran kejayaan ini hanya dapat dilihat daripada jumlah graduan teknologi angkasa dan sealiran dengan teknologi ini yang dapat dihasilkan oleh universiti tempatan.

Aspek yang kedua pula adalah untuk ‘mewujudkan’ perkara tersebut seperti membangunkan satelit milik negara yang dibina sepenuhnya pakar-pakar tempatan. Ia penting untuk dilaksanakan bagi menyediakan ekosistem yang bersesuaian agar teknologi tersebut boleh berkembang seperti yang kerajaan inginkan.

Oleh yang demikian, ia perlu berjalan seiring walaupun kita tahu sekiranya hendak membuat perbandingan dengan negara luar, ia amat jauh namun penanda aras telah diwujudkan dan kita mempunyai ekosistem yang menyokong pembangunan teknologi ini.

Bolehkah tuan terangkan mengenai World Space Week yang disambut setiap tahun?
Minggu Angkasa Sedunia adalah sambutan sains dan teknologi di peringkat antarabangsa dan sumbangan kedua-dua bidang tersebut dalam meningkatkan taraf kehidupan manusia.

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengiktiraf Minggu Angkasa Sedunia pada 1999 dan ia disambut pada 4-10 Oktober setiap tahun dengan tujuan untuk memanfaatkan teknologi angkasa dalam kehidupan manusia sejagat.

Ia bukan sahaja hendak meningkatkan kesedaran, tetapi bagaimana untuk meningkatkan penerimagunaan teknologi tersebut dalam kehidupa

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas