Berita

Berbelanja, menang hadiah sambil berfoto di Suria KLCC

PENGUNJUNG bukan hanya berpeluang memenangi baucar beli-belah tetapi dapat merakam gambar indah di Suria KLCC.
- Diterbit 11 Disember 2020 6:19 AM MYT

BAGI memeriahkan sambutan Krismas dan akhir tahun 2020, Kumpulan Suria KLCC menawarkan ganjaran hebat kepada pengunjung sepanjang Disember ini.

Menerusi kempen ‘Unlocking A Christmas Surprise’, pengunjung bertuah yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM150 dalam satu resit bermula 1 hingga 25 Disember layak menerima ‘kunci’ peti Krismas dan berpeluang memenangi baucar beli-belah Suria KLCC bernilai RM5,000.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien berkata, sebanyak 10,000 kunci akan diberikan bagi kempen tersebut.

“Selain itu, kita juga menyediakan 2,000 hadiah ‘Christmas Beauty Box’ yang eksklusif dengan produk kecantikan dari The History of WHOO, Sisley Paris, L’Occitane, Sephora dan Sulwhasoo. Ia akan diberikan kepada mereka
yang membelanjakan RM1,000 ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai khas di Suria KLCC,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Brien, penebusan baucar berkenaan berlangsung setiap hari, selagi stok masih ada dan hanya satu penebusan bagi setiap pembeli.

Ujarnya, kemeriahan di Suria KLCC diteruskan dengan Peraduan Digital Krismas iaitu ‘Snapping Into Christmas’ yang berlangsung bermula 6 hingga 17 Disember.

Katanya, ia bagi memastikan penglibatan golongan muda dan dewasa di pusat beli-belah meskipun tanpa sebarang pembelian. 50 pemenang akan berpeluang memenangi baucar bernilai RM200 dari kedai yang mengambil bahagian.

“Walaupun pada tahun ini kehidupan sedikit berbeza, Kumpulan Suria KLCC tetap akan
menyemarakkan suasana perayaan di semua rangkaian pusat beli-belah yang ada.

“Kita juga menyediakan dekorasi Krismas yang mana ruang legar utama (Centre Court) dihiasi pokok krismas serta aksesori-aksesori bergemerlapan termasuk peti Krismas. Pengunjung juga boleh merakam gambar kenangan di situ.

“Terdapat juga figura ‘Nutcrackers’ sebagai dekorasi bagi melengkapkan suasana perayaan di samping pencahayaan di Medan Selera Signatures di Aras 2 yang diselaras dengan warna merah dan hijau,” katanya.

Sementara itu, tambah Brien, di Alamanda Putrajaya (Alamanda), sambutan Krismas bukan hanya diserikan dengan hiasan tetapi pengunjung berpeluang memenangi baucar bernilai RM200 menerusi pembelian RM500 bermula 28 November hingga 27 Disember.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas