Berita

Azmin Ali menang di Hulu Kelang

- Diterbit 12 Ogos 2023 3:04 PM MYT

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang  dengan majoriti 1,617 undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, hari ini.

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu memperoleh undi sebanyak 25,597 untuk  menewaskan Timbalan Ketua Wanita PKR, Juwairiya Zulfkifli dari Pakatan Harapan (PH) yang memperoleh 23,980 undi.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Khairul Arzawati Khalid di pusat perjumlahan undi di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya AU2 di sini, malam ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, DUN Hulu Kelang dimenangi Saari Sungib dari PH dengan majoriti 15,349 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) dan PAS. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas