Berita

Ayuh meriahkan Kenduri Rakyat Wilayah Persekutuan di Putrajaya Ahad!

|
- Diterbit 21 Februari 2020 7:17 AM MYT

JOM beramai-ramai kita meriahkan program Kenduri Rakyat Wilayah Persekutuan Putrajaya bertempat di Kompleks Futsal Mokhtar Dahari, Presint 18, Putrajaya Ahad ini bermula pukul 7 pagi hingga 1 tengah hari.

Pelbagai acara menarik menanti anda antaranya aktiviti memasak secara gotong-royong, langkah Ceria Wilayahku, persembahan artis-artis tempatan, pameran agensi, demonstrasi kraf dan batik, jualan usahawan Putrajaya dan juga cabutan bertuah.

Menariknya anda juga boleh menjalani pemeriksaan kesihatan dan urutan refleksologi secara percuma. Bagi yang membawa anak kecil, pertandingan mewarna kanak-kanak juga turut diadakan. Selain itu, karnival sukan seperti bola jaring, futsal, muay thai, taekwondo dan e-games turut dipertandingkan melibatkan komuniti Wilayah Persekutuan.

Karnival yang merupakan acara kemuncak sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2020 akan disempurnakan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd. Samad.

Acara kemuncak bakal menyaksikan penyerahan sebuah Van Wilayah kepada Pengerusi Zon MPPWP Putrajaya selain sesi watikah pelantikan 100 sukarelawan Putrajaya yang terdiri daripada anak-anak Putrajaya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas