Berita

Amaran cuaca buruk, hujan lebat di Sabah dan Sarawak sehingga Khamis

- Diterbit 12 Januari 2021 4:18 AM MYT

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca buruk dan waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di Sarawak dan Sabah, sehingga Khamis ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan hujan lebat dijangka berlaku di Sarawak melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.

“Amaran sama turut dikeluarkan di Sabah melibatkan kawasan pedalaman di Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan, Pantai Barat serta Labuan, hari ini.

“Hujan lebat juga dijangka berterusan di negeri Sabah melibatkan kawasan Sandakan (Telupid dan Sandakan) dan Beluran serta Kudat sehingga hari ini,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas