Berita

Ajinomoto, Le Creuset tawar hadiah bernilai RM38,888 sempena Kempen Tahun Baharu Cina

- Diterbit 29 Januari 2024 3:01 PM MYT

ORANG ramai berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai RM38,888 sempena Kempen Tahun Baharu Cina Ajinomoto (Malaysia) Berhad dengan kerjasama jenama peralatan memasak terkemuka dunia, Le Creuset.

Ajinomoto dalam satu kenyataan yang dikeluarkan berkata, Kempen Beli Dan Menang itu akan memberikan anda pengalaman baharu dengan pelbagai resipi perayaan bermula pada 1 Januari hingga 29 Februari ini.

“Pelbagai hadiah ditawarkan menanti anda dengan hadiah utama merupakan Le Creuset’s Round French Oven dan Square Skillet Grill; hadiah kedua, Le Creuset’s Round Skillet dan Rice Bowl Set; dan hadiah ketiga, Le Creuset’s Stockpot.

“Selain itu, terdapat lapan hadiah sagu hati iaitu Le Creuset’s Sauce Pan yang boleh dimenangi, serta 20 pemenang dwibulanan yang akan menerima kredit Touch & Go bernilai RM50, dengan lima pemenang dipilih dwibulanan,” katanya hari ini.

Tambahnya, setiap peserta juga akan diberi ganjaran tambahan iaitu baucar bernilai RM50 Le Creuset apabila penyertaan berjaya dihantar.

“Dua langkah muda untuk sertai pertandingan dengan membuat pembelian minimum bernilai RM15 produk Ajinoto dalam satu resit.

“Kemudian orang ramai dikehendaki mengongsikan gambar resit beserta butiran anda seperti nama penuh dan nombor kad pengenalan, selepas itu hantar menerusi WhatsApp di talian 019-220 9950,” ujarnya.

Jelas kenyataan itu, pada masa sama, pelajari sembilan koleksi resipi Tahun Baharu Cina yang mudah dan istimewa daripada Ajinomoto.

“Ia memberikan pengalaman kulinari baharu seperti Aneka Cendawan Goreng bersama Abalon dan Kekapis, Udang dan Kepah Bawang Putih Kukus, Sup Ayam dan ‘Fish Maw’, dan Ajinomoto Gyoza.

“Setiap hidangan dilimpahi dengan kasih sayang dan memberikan kenangan abadi bagi membantu anda memahami moto ‘Eat Well, Live Well’,” katanya.

Menurutnya, untuk maklumat lanjut mengenai resipi Tahun Baharu Cina dan butiran pertandingan, sila layari laman web Smart Cooking di www.smartcooking.com.my. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas