Berita

Ahli Parlimen Belia gesa kerajaan cari punca utama peningkatan kes COVID-19

AHLI Parlimen Belia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Abdul Hakim Hafizi.
- Diterbit 2 Februari 2021 12:05 PM MYT

PENINGKATAN kes COVID-19 yang mendadak kebelakangan ini telah mendatangkan kebimbangan terhadap rakyat di negara ini tentang keberkesanan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ahli Parlimen Belia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Abdul Hakim Hafizi, berkata jika PKP dilanjutkan dan dalam masa yang sama kes semakin meningkat, siapakah yang patut dipersalahkan?

“Saya ingin menggesa kerajaan agar meneliti secara mendalam dan mencari punca utama peningkatan kes positif COVID-19 ini.

“Jika punca itu melibatkan sektor-sektor yang bukan keperluan maka kerajaan harus mengambil tindakan yang lebih tegas dan tidak berkompromi.

“Jika kerajaan masih melanjutkan PKP, nasib rakyat, syarikat kecil, besar dan lain-lain akan berubah sementara kemiskinan, kesihatan mental dan pengangguran akan meningkat,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, dia turut menegaskan bahawa para pemimpin negara, kerajaan atau pembangkang, tanggungjawab dan peranan mereka adalah untuk melindungi rakyat.

“Utamakan rakyat dan negara itu kunci pencapaian bagi membendung penularan COVID-19, ujarnya lagi.

Ini susulan pengumuman Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada sidang media khas Majlis Keselamatan Negara hari ini tentang lanjutan PKP sehingga 18 Februari. – AFIFAH AFIZAL – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas