Berita

Agong, Permaisuri ucap Selamat Tahun Baharu Cina

- Diterbit 11 Februari 2021 11:18 AM MYT

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah and Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini mengucapkan selamat Tahun Baharu Cina kepada rakyat Malaysia yang menyambut perayaan itu, esok.

Ucapan Seri Paduka berdua itu dimuat naik menerusi hantaran sebuah poster di akaun Instagram dan Facebook Istana Negara, @istana_negara hari ini.

“Semoga anda dan keluarga yang disayangi dilimpahi kemakmuran, kesihatan yang baik, kegembiraan  dan semangat muhibah antara kalangan rakyat Malaysia.”

Menerusi poster itu, Seri Paduka berdua turut mengingatkan orang ramai agar berhati-hati, mengamalkan penjarakan fizikal dan jaga diri semasa meraikan sambutan dalam suasana normal baharu. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas