Selebriti

“Ada seketika saya cuba jadi diri saya yang dahulu, tetapi…” – Daphne Iking

- Diterbit 18 April 2022 1:00 AM MYT

PENGACARA popular Daphne Iking,43, mengaku gagal mendapat temu janji salon rambut menjadi punca dirinya berhijab sehingga ke hari ini.

Keputusan untuk berhijab yang diumumkannya dalam Instagram pada Oktober tahun lalu membuatkan netizen terharu dan menjadikannya sebagai inspirasi.

Kini, berhijab sudah sebati dengan dirinya yang biasa dengan pakaian seksi sebelum ini.

“Ada seketika saya cuba jadi diri saya yang dahulu, tetapi Allah Maha Agung. Tanpa disedarinsaya sebenarnya sangat selesa dengan penampilan bertudung sekarang.

“Nak tahu, timbul rasa segan dan macam bogel kalau saya menanggalkan tudung,” katanya yang semakin ayu bertudung.

Sebelum ini, Daphne yang juga menjadi penderma rambut untuk pesakit kanser dinasihatkan tidak mewarnakan rambut selama enam bulan. Ini juga adalah salah satu sebab perubahannya secara perlahan-lahan.

Dalam masa yang sama, Daphne juga mengambil keputusan untuk menjual baju atau preloved pakaiannya yang seksi kerana mahu istiqamah dengan penampilannya sekarang.

“Saya bersyukur kerana suami menyokong apa yang saya lakukan dan minta saya berubah secara perlahan-lahan.

“Saya pun tidak rasa diri ini kuat untuk berhijab tanpa sokongan padu suami. Dia pun ada cakap, apabila berhijab saya nampak lebih seksi di matanya,” tambahnya lagi. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas