Atlet Wilayah

50 atlet dan jurulatih terima sumbangan bakul makanan

|
- Diterbit 7 Jun 2021 12:45 AM MYT

REZEKI. Seramai 50 atlet di Kuala Lumpur dan Putrajaya serta 17 ­atlet dan jurulatih di Labuan yang ­terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menerima Bantuan Bakul Rezeki sumbangan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) dan bakul bantuan kit makanan oleh Perbadanan Labuan (PL), semalam.

Sumbangan barangan asas makanan dan minuman ­seperti ­beras, milo, biskut dan minyak masak tersebut diharapkan ­dapat ­membantu para atlet dan ­jurulatih di bawah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) itu dalam mengharungi tempoh sukar ini.

Difahamkan pemilihan nama berdasarkan cadangan yang diterima oleh pihak jurulatih dan persatuan sukan masing-masing yang mana penerima kali ini meliputi atlet kanu, e-sukan, menembak, petanque, olahraga dan sebagainya.

Terdahulu, Pengarah Kanan MSWP, Fadzlan Naim Anuar mewakili MSWP menyampaikan bantuan kepada wakil jurulatih dan atlet yang berada di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya sementara di Labuan pula, bantuan disampaikan secara ­pandu lalu di perkarangan bangunan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) oleh wakil PL dan JKM. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas