Berita

3 TIPS MENU EKSPRES, SESUAI MUSIM PKP

SARDIN GULUNG GORENG
- Diterbit 6 Mei 2020 7:22 AM MYT

Tajaan: AYAM BRAND

KETANDUSAN idea masakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)? Usah risau, mari kita sama-sama mencuba resipi mudah dan cepat menggunakan bahan masakan yang minimum.

Jika anda tidak mempunyai bahan yang dinyatakan, gunalah apa saja yang ada mengikut citarasa anda. Apa tunggu lagi. Jom kita cuba!

1. PIZZA TUNA

Bahan-Bahan

*1 tin Ayam Brand Tuna Omega 3 dalam Minyak Zaitun Extra Virgin
*1 tin tomato puri Ayam Brand
*Roti pita atau roti sandwich
*1/2 cawan keju mozzarella
*1 tin jagung manis Ayam Brand

Cara-Cara

*Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah celsius. Tiriskan tuna.
*Sapukan satu sudu besar tomato puri pada roti.
*Kemudian letakkan tuna dan jagung manis di atas roti.
*Taburkan keju mozzarella yang diparut.
*Masukkan pizza ke dalam dulang ketuhar dan bakar selama 5 minit sehingga keju cair.

2. SARDIN GULUNG GORENG

Bahan-Bahan

*425 gram sardin Ayam Brand
*Sedikit perahan jus limau nipis
*2 sudu besar cili kisar.
*Sebiji bawang besar. Dicincang
*Roti sandwich
*2 biji telur.
*Serbuk roti.
*Garam secukup rasa
*Minyak untuk menggoreng

Cara-Cara

*Tuangkan sardin dalam mangkuk dan lenyekkan.
*Masukkan cili kisar dan bawang cincang. Perah jus limau purut dan campurkan semuanya. *Masukkan garam dan lada secukup rasa.
*Letakkan campuran sardin di atas sepotong roti dan gulung dengan teliti.
*Kemudian celupkan roti gulung ke dalam telur dan gulungkan di atas serbuk roti.
*Goreng hingga keperangan. Hidangkan semasa masih panas.

3. KACANG PANGGANG TELUR

Bahan-Bahan

*4 biji telur
*1/2 cawan susu segar
*10 tangkai daun parsley
*1 sudu besar mentega
*1 tin kacang dalam sos tomato Ayam Brand

Cara-Cara
*Tuangkan sedikit air dalam kuali, kemudian masukkan kacang panggang. Panaskan atas api sederhana.
*Panaskan mentega dalam kuali. Untuk campuran telur, pukul bersama, telur dan susu. Tuangkan telur ke dalam kuali dengan mentega cair. Kacau atas api sederhana sehingga telur masak.
*Hidangkan telur bersama kacang panggang. Taburkan dengan daun parsley dan lada hitam. Makan dengan roti.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas