Berita

Wilayahku terima kunjungan hormat SKMM Wilayah Persekutuan

MCMC menyantuni kakitangan Wilayahku
- Diterbit 5 Mei 2021 10:48 AM MYT

WILAYAHKU, akhbar terbitan YWP Media Sdn Bhd hari ini menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Wilayah Persekutuan, Rizal Abd Malek.

Kunjungan tersebut bertujuan memperkasakan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak selepas SKMM menubuhkan pasukannya di peringkat Wilayah Persekutuan.

Terdahulu, delegasi SKMM Wilayah Persekutuan disambut Pengurus Besar YWP Media, Azlan Abd Aziz dan Pengarang Kanan, Ayatullah Helme Hanafi. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas