Berita

10 keluarga terjejas, rumah ditenggelami air

Anggota APM membantu mangsa banjir untuk dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara - foto Mutadir Halim
- Diterbit 27 November 2020 6:48 AM MYT

SERAMAI 23 orang yang membabitkan 10 buah keluarga terjejas teruk akibat rumah kediaman tenggelami air susulan hujan lebat semalam.

Bencana hujan kilat itu telah mengakibatkan rumah kediaman mereka (mangsa) ditenggelami air sehingga paras pinggang.

Antara kampung yang terjejas adalah Kampung Kilan, Kampung Sg Buton, Kampung Sg Miri, Kampung Bebuloh Darat, Kampung Batu Manikar, Kampung Lubuk Temiang, Kampung Ganggarak dan Kampung Merinding Dalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) labuan Rithuan Ismail berkata, sebanyak 14 orang yang merangkumi 3 buah keluarga telah ditempatkan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Dewan Balai Bomba Layangan.

“Sementara itu, sembilan mangsa banjir yang lain kini menumpang di rumah keluarga dan saudara mereka untuk sementera waktu,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata operasi pemindahan dan penyelamat mangsa banjir diketuai oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) Labuan.

Selain itu, turut dibantu Angkatan Pertahanan Awam(APM) , Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Perbadanan Labuan (PL) , Jabatan Kesihatan serta PDRM. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas