Agama

TV AlHijrah dokong aspirasi Malaysia Madani menerusi Jemputan Haji

RANCANGAN Rehlah Ibrahim padat dengan sirah, fiqah dan pelaksanaan korban mengikut budaya setempat.
- Diterbit 20 Jun 2023 4:00 AM MYT

SEMPENA kedatangan musim Haji 1444H dan selari dengan aspirasi mewujudkan Malaysia Madani dan menjayakan Gagasan Al-Falah, TV AlHijrah berasa terpanggil untuk mengekalkan tradisi sebagai sebuah stesen televisyen utama di Malaysia yang meraikan hari kebesaran Islam yang penuh falsafah kehidupan untuk dihayati.

Menggunakan slogan Jemputan Haji, TV AlHijrah meneruskan agenda dakwahnya melalui ­beberapa program dirangka khas sempena bulan Zulhijjah.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris, program-program yang disediakan ini adalah untuk terus mendorong masyarakat ­beradab, berperikemanusiaan dan ­berkeadilan sebagaimana digariskan oleh matlamat mewujudkan Malaysia Madani.

“Program-program yang diatur ini diharapkan dapat membentuk sebuah masyarakat yang kaya ilmu, bertamadun dan berjaya ­menjadi sebuah negara yang mendapat suluhan wahyuNya di mana ­kemanusiaan dan nilai-nilai murni.

“Kami hidangkan pelbagai ­rancangan istimewa untuk ­kempen haji kali ini. Antaranya ­seperti Program Cinta Ilmu Aidiladha melalui tiga segmen Islam, Iman dan Ihsan.

“Program bual bicara Labbaikallah pula dikekalkan ­bagi mengundang nostalgia mereka yang pernah menunaikan ibadah ini mahupun mereka yang baru menerima jemputan pada tahun ini.

“Apa yang menarik, program Labbaikallah kali ini mengundang barisan ustaz jemputan iaitu Ustaz Jafri, Ustaz Rozi, Ustaz Zarifi, Ustaz Zul Ramli, Ustaz Hanafiah, Ustazah Muzayyanah dan Ustazah Fatimah Syarha dan Ustaz Fazrul sebagai pentadabbur serta qari Ustaz Tarmizi dan Tilmiz Fahmi,” jelasnya.

Namanzee juga ­mengajak penonton untuk menghayati ­kisah-kisah di sebalik ibadah haji yang pasti boleh dijadikan sebagai panduan.

“Rancangan Peristiwa Haji bertujuan ­mengajak penonton mengimbas kembali ­peristiwa-peristiwa di sebalik ­ibadah haji untuk diekstrak ­iktibar darinya.

“Bukan itu sahaja, rancangan Munajat Arafah berdurasi dua jam yang akan disiarkan pada 28 Jun, pukul 12.30 tengah hari hingga 7 malam pula akan ­membawa penonton bermunajat kepada Allah dan memperingati kelebihan Hari Arafah,” tambahnya lagi.

Antara program menarik lain adalah Berselawat Istimewa Aidiladha, Gema Haflah Istimewa Aidiladha, Program Barakah, program Rehlah Ibrahim dan Seikhlas Hati.

Rancangan-rancangan ­menarik Kempen Haji 1444H di TV AlHijrah turut boleh dinikmati menerusi ­aplikasi AlHijrah Plus dengan lebih 6,000 program berlandaskan Islam yang dapat ditonton bila-bila masa dan di mana sahaja. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas