Berita

Rohana Jalil meninggal dunia

- Diterbit 20 Jun 2023 9:00 PM MYT

PENYANYI Rohana Jalil, 68, meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada jam 11.33 malam tadi.

Rohana atau nama sebenarnya, Dara Abd Jalil dimasukkan ke HCTM sejak 20 April lalu akibat kebocoran usus.

Berita kematiannya turut dikongsi oleh beberapa rakan rapatnya menerusi media sosial antaranya penyanyi Norshila Amin, Chef Yang Jamil dan ramai lagi.

Jenazah kini masih berada di hospital dan difahamkan urusan mandi jenazah dan kafan akan dilakukan di HCTM pagi nanti.

Sementara, solat jenazah akan diadakan di Masjid Al-Falah, USJ 9, Subang Jaya, Selangor. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas