PKR

Berita

Jangan ambil tindakan sendiri dalam sebarang isu – KDN

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) mengingatkan semua pihak agar tidak mengambil tindakan sendiri dalam sebarang isu di negara ini termasuk penjualan stoking yang tertera kalimah Allah. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ini kerana hanya Polis Diraja Malaysia, yang merupakan agensi penguat kuasa terbesar negara, dibenar mengambil tindakan dan sebagainya.