Piala FA

Berita

Manchester United mara ke suku akhir Piala FA

MANCHESTER United (MU) berjaya menundukkan West Ham United 1-0 untuk melangkah ke suku akhir Piala FA, lapor Agensi Anadolu. Pemain tengah The Red Devils dari Scotland, Scott McTominay menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-97 ketika masa tambahan selepas perlawanan tamat tanpa sebarang jaringan. Perlawanan berlangsung di Stadium Old Trafford pada Selasa.