Berita

Manchester United mara ke suku akhir Piala FA

- Diterbit 10 Februari 2021 4:18 AM MYT

MANCHESTER United (MU) berjaya menundukkan West Ham United 1-0 untuk melangkah ke suku akhir Piala FA, lapor Agensi Anadolu.

Pemain tengah The Red Devils dari Scotland, Scott McTominay menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-97 ketika masa tambahan selepas perlawanan tamat tanpa sebarang jaringan.

Perlawanan berlangsung di Stadium Old Trafford pada Selasa.

MU menang di tempat sendiri untuk menjadi antara lapan pasukan yang mara ke suku akhir.

Awal Selasa, Bournemouth menundukkan Burnley 2-0 untuk turut sama beraksi di peringkat suku akhir. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas