Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH)

Berita

Peluang luas skuad hoki negara ke Piala Dunia 2022/2023

KUALA LUMPUR – Peluang skuad hoki negara untuk beraksi dalam Piala Dunia 2022/2023 kini semakin terbuka luas apabila Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) mengumumkan penambahan kuota kelayakan automatik ke Piala Dunia 2022/23 menerusi kejohanan-kejohanan kontinental, daripada enam ke sebelas buah negara. Pengumuman yang dikeluarkan oleh FIH itu ternyata memberi khabar baik