NAP2020

Berita

Dr. Mahathir lancar NAP2020 minggu hadapan

KUALA LUMPUR-Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan melancarkan Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP2020) pada 21 Februari ini di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). MITI dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, NAP2020 dirangka untuk meningkatkan daya saing industri automotif Malaysia ke fasa seterusnya, selaras dengan landskap perubahan dalam pasaran global.