
Kes denggi menurun, tiada kematian dilaporkan
KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) melaporkan pengurangan kes demam denggi kepada 2,237 kes pada Minggu Epidermiologi ke-17 (ME17) bagi tempoh 21 hingga 27 April tahun ini berbanding 2,321 kes pada minggu sebelumnya dan tiada kematian akibat komplikasi demam denggi direkodkan. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata kumulatif kes