#HarimauMalaya

Berita

KBS pastikan Faisal Halim dapat rawatan percuma di ISN

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan memastikan tonggak skuad Harimau Malaya Faisal Halim mendapat rawatan terbaik secara percuma di Institut Sukan Negara (ISN) sebagai menghargai jasa pemain 26 tahun itu kepada negara. Menterinya Hannah Yeoh berkata pihaknya akan memastikan Faisal Halim mendapat sokongan dan rawatan yang diperlukan sepanjang tempoh pemulihan yang dijangka mengambil masa

Berita

Faisal Halim alami kelecuran tahap empat, pergerakan dan percakapan terbatas

PEMAIN sayap sensasi skuad Harimau Malaya Mohamad Faisal Abdul Halim atau dikenali Faisal Halim disahkan mengalami kelecuran tahap empat selepas menjalani pembedahan pertama malam, semalam. Perkara itu disahkan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Datuk Seri Shahril Mokhtar yang turut memaklumkan pergerakan dan percakapan Faisal Halim ketika ini sedikit

Berita

Beraksi di laman sendiri gagal bantu Harimau Malaya saingi kehebatan Oman

MALAYSIA gagal melunaskan dendam kekalahan di Muscat selepas tewas 0-2 kepada Oman pada perlawanan Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 di Stadium Nasional di Bukit Jalil di sini, malam ini. Kekalahan kedua dicatat skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon itu selepas kecundang 0-2 di tangan Oman minggu lalu

Berita

Harimau Malaya belasah Nepal sebelum hadapi Oman

MALAYSIA menampilkan kelas tersendiri apabila membelasah pasukan ranking dunia ke-175, Nepal 5-1 pada perlawanan ujian tertutup di Stadium UiTM Shah Alam, lewat malam tadi. Perlawanan itu merupakan kali pertama skuad Harimau Malaya beraksi sejak kempen Piala Asia 2023 di Qatar Januari lepas dan satu-satunya aksi pemanas badan dalam menghadapi dua aksi getir

Berita

Pan Gon bangga pemain capai keputusan menakjubkan

KETUA Jurulatih Kebangsaan Kim Pan Gon memuji prestasi cemerlang Harimau Malaya kerana berjaya mencatat keputusan seri 3-3 menentang juara dua kali Korea Selatan dalam perlawanan terakhir Kumpulan E Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub di sini, hari ini. Pengendali kelahiran Korea Selatan berusia 54 tahun itu turut berterima kasih

Berita

Bukan salah sesiapa kecuali saya – Pan Gon

KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon mengambil sepenuhnya tanggungjawab di atas kegagalan Malaysia pada kempen Piala Asia 2023 selepas tewas 0-1 kepada Bahrain pada perlawanan kedua Kumpulan E di sini, malam ini. Kekalahan di Stadium Jassim bin Hamad itu menutup peluang Malaysia untuk melangkah ke pusingan 16 terbaik apabila