#ezlynn

Selebriti

Rakyat dah tak sanggup hadapi COVID-19, Ezlynn puji Vaksin Bergerak

TAHAP penularan COVID-19 di negara kita semakin meruncing dari hari ke hari. Kes yang masih tinggi amatlah membimbangkan rakyat terutamanya kerajaan yang sedaya upaya melakukan yang terbaik. Selain menjadikan Prosedur Operasi Standard (SOP) sebagai amalan hidup, satu-satunya harapan kita adalah program vaksinasi yang akan mempercepatkan penurunan kes jangkitan virus ini.