
Agensi, jabatan perlu beri kerjasama jayakan transformasi digital negara – Gobind
SEMUA agensi dan jabatan di bawah Kementerian Digital diingatkan untuk terus fokus dan memberikan kerjasama jitu bagi membolehkan usaha transformasi digital negara berjalan lancar. Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata setakat lima bulan pertama menerajui kementerian itu, beberapa perancangan telah dijayakan namun masih banyak gerak kerja yang perlu dilakukan supaya objektif