
Snek eksotik kebanggaan rakyat Malaysia
BUKAN mudah untuk berjaya namun tidak mustahil untuk mencapainya seperti kata pepatah ‘Bersusah-susah dahulu, Bersenang-senang kemudian’. Itu perumpamaan yang dapat digambarkan apa yang pernah dilalui pengusaha Aducktive Food Sdn Bhd, Mohamad Anif Azami. Lima tahun lalu ketika perniagaannya baru bermula, dia dan isteri, Nor Shahira Kamaruzaman memulakan perniagaan tanpa modal