Berita

TnG bantu keluarga B40 di kawasan Lembah Pantai

KREDIT foto: Fahmi Fadzil.
- Diterbit 28 Mac 2024 5:20 PM MYT

KUMPULAN Touch ‘n Go (TNG) hari ini menghulurkan sumbangan bernilai RM30,000 dalam bentuk baucar beli-belah kepada 80 individu yang terdiri daripada keluarga B40 di kawasan Parlimen Lembah Pantai di sini.

Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil berkata sumbangan itu turut diberikan kepada golongan ibu tunggal.

“Terima kasih kepada Kumpulan TNG kerana terus komited membantu masyarakat Lembah Pantai dengan memberikan sokongan kepada golongan memerlukan menjelang sambutan Aidilfitri. Saya amat menghargai sokongan ini,” katanya menerusi ciapan di laman X.

Beliau turut berterima kasih kepada Ketua Pegawai Eksekutif TNG Praba Sangarajoo dan pasukan TNG Digital yang meluangkan masa bersama penduduk setempat.

“Semoga sumbangan tersebut sedikit sebanyak menceriakan mereka dalam membuat persiapan menyambut Syawal,” katanya. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas