Berita

Tiada masalah kerana ada SOP – Idzham Ismail

- Diterbit 9 Februari 2021 7:28 AM MYT

PELAKON Idzham Ismail,32, mengaku pekerja industri kreatif berada dalam dilema antara mahu menjaga keselematan dan mencari pendapatan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

“Mahu atau tidak, kami perlu teruskan kehidupan dengan bekerja. Kalau tiada penggambaran, bagaimana kami hendak menyara diri dan keluarga. Itu belum lagi sentuh soal komitmen yang harus dilunaskan.

“Kami sedar, PKP yang dilaksanakan adalah untuk kebaikan semua termasuk pekerja industri kreatif. Namun, sampai bila agaknya kami boleh bertahan dengan situasi sebegini.

“Apabila tiada penggambaran, pendapatan memang tak masuk. Duit simpanan pun makin hari Makin berkurangan kerana tiada duit masuk,” jelas Idzham yabg berharap penggambaran dapat diteruskan.

Bagi Idzham, Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan pastinya akan dipatuhi demi keselamatan semua.

“Dengan SOP yang disediakan , insya Allah keselamatan dan pergerakan dijaga . 

“Ya, saya faham ada yang dapat gaji walaupun tak perlu ke pejabat. Allhamdulillah , tu bahagian rezeki dan pilihan masing-masing.

“Walaupun kami penggiat seni perlu bergerak keluar ke lokasi, namun ianya tiada masalah selagi SOP dijaga sepanjang Masa,” ujarnya lagi yang kini popular menerusi drama bersiri Melastik Ke Hatimu siaran TV3. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas