Berita

Terus ikut SOP, jangan leka walaupun vaksin sudah sampai

SARANAN Pratap Ravichandran.
- Diterbit 22 Februari 2021 6:31 AM MYT

PADA Ahad, 21 Februari 2021, merupakan hari yang bersejarah buat tanah air kita apabila bekalan vaksin Pfizer fasa pertama telah tiba di negara kita ini.

Detik-detik inilah yang dinantikan oleh semua rakyat Malaysia sepanjang pandemik COVID-19 yang masih berterusan ini.

Namun begitu, rakyat Malaysia disarankan agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk membendung wabak COVID-19 di negara.

Rakyat seharusnya terus mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan walaupun vaksin dilihat sebagai pengubat wabak tersebut dan bakal memutuskan rantaian COVID-19, seterusnya menamatkan pandemik itu.

Pemakaian topeng muka serta penggunaan cecair pembasmi kuman dan penjarakan sosial wajar terus dipraktikkan oleh rakyat Malaysia walaupun kerajaan memutuskan untuk menamatkan tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bila-bila masa, bergantung kepada kadar kes COVID-19 di negara ini.

Sementara itu, adalah disarankan kepada kerajaan agar sentiasa memantau pematuhan SOP secara berterusan walaupun bekalan vaksin disediakan pada ketiga-tiga fasa.

Sejurus dengan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan serta penggunaan aplikasi MySejahtera wajar diteruskan sehingga pandemik COVID-19 ini berakhir.

Jangan leka hanya kerana bekalan vaksin fasa pertama sudah sampai, semua boleh menjalankan rutin harian seperti biasa.

Wajarlah anda semua terus mempraktikkan pematuhan SOP walaupun bekalan vaksin yang seterusnya akan sampai tidak lama lagi.

Sementara itu, beliau turut menyarankan rakyat Malaysia agar mendaftarkan diri untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 di mana pendaftaran bakal bermula pada awal bulan Mac depan.

Sebagai langkah untuk memutuskan rantaian COVID-19 serta menjana kembali ekonomi negara menerusi aplikasi MySejahtera, laman sesawang khas di www.vaksincovid.gov.my atau pendaftaran secara manual dengan menghubungi talian hotline yang akan dimaklumkan kemudian).

Dan juga hadir ke fasiliti klinik kesihatan awam dan swasta atau menerusi program bantuan bagi penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Pemutusan rantaian COVID-19 bergantung pada rakyat sendiri.

Jangan asyik ingin menunding jari, menuduh orang lain yang tidak mematuhi SOP, tetapi diri sendiri tidak betul.

Serta mengkritik kerajaan kerana sering “U-turn”, mahupun tidak dapat mengawal kadar kes COVID-19 harian yang meningkat.

PRATAP RAVICHANDRAN
Koordinator Media
Pemuda Negara Parlimen Kepong

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas