Berita

INGIN MOHON RESIDENSI WILAYAH? IKUTI 16 INFO PENTING INI

- Diterbit 22 Februari 2021 5:43 AM MYT

1) Apakah itu Residensi Prihatin?
Ia merupakan rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah B40 di Wilayah Persekutuan.

2) Apakah ciri-ciri utama Residensi Prihatin?
Residensi Prihatin merupakan program rumah mampu milik yang hanya tertumpu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja.

3) Apakah jenis rumah dan ditawarkan di bawah Residensi Prihatin?
Residensi Wilayah menawarkan rumah yang mempunyai 3 bilik tidur, 2 bilik air, dapur, ruang tamu, ruang makan dan yard serta dalam bentuk rumah berstrata.

4) Apakah perbezaan Residensi Prihatin dan Residensi Wilayah?
Kedua-duanya adalah program rumah mampu milik Kementerian Wilayah Persekutuan. Residensi Prihatin adalah merujuk kepada rumah berharga sehingga RM200,000 seunit yang berkeluasan minima 750 kps dan Residensi Wilayah adalah rumah berharga sehingga RM300,000 seunit yang berkeluasan minima 900 kps.

5) Siapa yang layak memohon Residensi Prihatin?
Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ketika permohonan dibuat. Pendapatan kasar tidak melebihi RM5,000 sebulan.
Keutamaan diberikan kepada penjawat awam dan pemohon yang telah berkahwin. Keutamaan juga diberikan kepada pemohon yang lahir atau menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan.

6) Bagaimanakah untuk memohon Residensi Prihatin?
Permohonan dan pendaftaran boleh dibuat secara atas talian (online) melalui portal Residensi Prihatin di https://residensiprihatin.kwp.gov.my.
Pemohon boleh berdaftar melalui portal tersebut mulai 23 Februari 2021. Maklumat dokumen sokongan permohon hanya dikemukakan setelah projek sedia untuk dijual dan akan dimaklumkan melalui emel kepada pemohon.

7) Berapakah permohonan yang dibenarkan?
Satu permohonan sahaja dibenarkan untuk satu keluarga isi rumah (suami dan isteri) dan permohonan Residensi Prihatin adalah untuk rumah pertama sahaja.

8) Berapakah bilangan projek yang boleh dipohon oleh pemohon?
Pemohon hanya dibenarkan untuk memohon 1 projek sahaja.

9) Adakah pemohon yang bujang layak untuk memohon Residensi Prihatin?
Ya, layak, asalkan pendapatan isi rumah pemohon RM5,000 sebulan dan ke bawah.

10) Berapakah bilangan Residensi Prihatin yang akan dibina?
Dijangka sebanyak 12,000 unit Residensi Prihatin dirancang untuk pembinaan di Putrajaya dan akan diteruskan di Kuala Lumpur dan Labuan.

11) Dimanakah lokasi pembinaan Residensi Prihatin di Putrajaya dan bila projek ini dijangka siap?
Lokasi pembinaan Residensi Prihatin akan melibatkan 10 tapak projek pembangunan di Presint 5, 7, 11, 16 & 19 dan sedang dalam peringkat perancangan dan pembinaan yang dijangka siap sepenuhnya sehingga Tahun 2025.

12) Apakah itu pendapatan isi rumah?
Pendapatan isi rumah adalah pendapatan kasar (termasuk gaji, komisen dan elaun-elaun lain) untuk isi rumah (suami dan isteri sahaja).

13) Sekiranya pemohon telah memiliki rumah di Wilayah Persekutuan atau di negeri lain, atau telah memilik Rumah
Residensi Wilayah adakah pemohon masih layak untuk memiliki unit Residensi Prihatin?
Tidak layak, kerana Residensi Prihatin hanya untuk pemohon yang masih tidak memiliki rumah.

14) Adakah sebarang pembiayaan disediakan untuk pembelian unit Residensi Prihatin?
Pembiayaan adalah urusan pemohon sendiri.

15) Adakah Residensi Prihatin boleh disewakan?
Dibenarkan sewa tetapi pembeli tidak dibenarkan menyewakan rumah kepada bukan warganegara Malaysia (di bawah kawalan House Rules oleh Joint Management Body.

16) Bolehkah unit Residensi Prihatin yang dibeli dan kemudiannya dijual?
Residensi Prihatin mensyaratkan sekatan penjualan selama 10 tahun dari tarikh Perjanjian Jual Beli ditandatangani.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas