Selebriti

Taruhan baharu lebih segar

- Diterbit 8 Disember 2023 3:10 AM MYT

MENITI usia 27 tahun dalam dunia seni, tidak hanya berbekalkan kualiti vokal, penghibur ini berjaya mempamerkan persembahan hebat seiring kematangan kerjaya.

Sekian lama tidak muncul dengan buah tangan, dia mengakui mempunyai alasan tersendiri kenapa perlu mengambil masa yang lama untuk menghasilkan sesebuah lagu baharu.

“Saya terlalu berhati-hati dalam melahirkan sesebuah lagu. Boleh jadi saya adalah seorang yang overthinking. Cuma, saya fikir it doesn’t matter anymore. Oleh kerana harus memandang kepada bajet untuk menghasilkan lagu, saya jadi lebih teliti

“Single berjudul Kau adalah jawapan kepada penantian ini. Bagi saya, lagu Kau dengan rentak disco funk ini lebih fun dan segar. Apabila diamati R&B Jazz adalah agak berat untuk pasaran semasa. Apa pun, saya berpuas hati dengan feel akhir lagu ciptaan sepenuhnya oleh Indra dan saya sendiri,” ujarnya.

Ditanya sejauh mana dirinya menerima elemen gimik atau tular dapat mempopularkan lagi sesebuah karya, Noryn tetap berpegang pada prinsip yang mana kualiti adalah segalanya.

“Dalam perkara ini, ia bergantung kepada jenis gimik tersebut. Saya lebih mementingkan kepada sesuatu yang bertahan lebih lama. Macam saya secara peribadi, slow and steady. Apa pun kualiti adalah lebih diutamakan,” katanya.

Menyentuh perkembangan lain, Noryn berkata dia mahu memberi fokus sepenuhnya untuk mempromosikan lagu Kau selain dalam proses untuk mencari bakat baharu untuk berduet untuk single seterusnya.

Biarpun tidak berjaya ke peringkat suku akhir pertandingan All Stars Gegar Vaganza (ASGV) baru-baru ini, Noryn bersyukur dapat menambah ilmu dan melalui pengalaman indah bersama rakan-rakan artis yang lain. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas