Berita

Penutupan jalan dan lencongan trafik di Jalan Tun Razak

||
- Diterbit 28 Mei 2021 10:33 AM MYT

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan penutupan jalan dan lencongan trafik di laluan susur masuk dari Jalan Tun Razak ke arah Bulatan Kg Pandan.

Ia bertujuan bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan terowong dan pembinaan jalan atas terowong di kawasan terbabit yang akan ditutup bermula 31 Mei 2021 sehingga 31 Ogos 2021.

Wakil jurucakapnya, berkata bagi trafik dari arah Jalan Tun Razak menghala ke Bulatan Kg Pandan terdapat tiga laluan alternatif telah dicadangkan.

“Pengguna jalan raya bagi trafik dari Jalan Tun Razak yang menuju ke Bulatan Loke Yew perlu membuat pusingan U dan berpatah balik ke arah Bulatan Kg Pandan melalui Jalan Tun Razak (hala ke Pusat Bandar).

“Bagi trafik dari Jalan Tun Razak (dari arah US Embassy) perlu belok ke kiri selepas US Embassy masuk ke arah Jalan U Thant melalui Jalan Penggawa – Jalan Wikham dan Jalan 1/76 (Desa Pandan)menuju ke Bulatan Kg Pandan.

“Manakala bagi trafik dari Jalan Tun Razak (dari arah US Embassy) perlu melalui susur kiri kearah Jalan Bukit Bintang melalui Jalan Imbi- Jalan Barat- Lingkaran TRX menuju ke Bulatan Kg Pandan,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Ujarnya lagi papan tanda akan diletakkan sebagai langkah keselamatan dan bagi mengelakkan kekeliruan pengguna jalan raya.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mematuhi isyarat papan tanda sementara sebagai panduan dan langkah keselamatan bagi mengelakkan kekeliruan.

“Pihak kami ingin memohon maaf atas sebarang kesulitan berkaitan pembinaan jalan ini,” kata kenyataan itu. – WILAYAHKU- DIANA AMIR

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas