Berita

Suruhanjaya Pekerja Gig ditubuhkan

Gambar Hiasan
- Diterbit 2 Mac 2024 5:43 PM MYT

KERAJAAN akan menubuhkan Suruhanjaya Pekerja Gig yang kini mencecah 1.1 juta rakyat khususnya dalam kalangan orang muda bagi melindungi hak mereka, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, kerajaan akan memberi keutamaan kepada suruhanjaya ini untuk memikirkan perlindungan sosial, pertikaian kontrak dan kemajuan kerjaya.

“Langkah ini diambil kerana majoriti besar belia bumiputera terlibat dengan pekerja gigh,

“Namun sebagai pekerja tidak formal mereka tidak punyai perlindungan perundangan pekerjaana serta sistem perlindungan sosial,” katanya ketika Majlis Penutup Kongres Ekonomi Bumiputera di Putrajaya hari ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas