Berita

50 ekar di Bandar Malaysia dirizabkan untuk Melayu – PM Anwar

- Diterbit 2 Mac 2024 5:46 PM MYT

KERAJAAN akan memastikan pemilikan sejumlah 200 ekar tanah kerajaan, termasuk 50 ekar tanah di Bandar Malaysia kekal dimiliki orang Melayu bagi menjamin ketersediaan perumahan mampu milik untuk Melayu supaya kekal di kawasan pusat bandar.

Jaminan itu diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beliau menegaskan masih banyak lagi tanah rizab Melayu yang terbiar yang sewajarnya dibangunkan kerana kedudukannya yang strategik dan punyai potensi pembangunan yang tinggi.

“Untuk itu, Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) diamanahkan untuk menerajui dan memacu pembangunan komersial di tanah-tanah rizab Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutup Kongres Ekonomi Bumiputera di Putrajaya hari ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas