Berita

SUKMA 2022: Gimnastik berpasukan wanita tambah koleksi emas WiPers

WILAYAH Persekutuan tampil cemerlang meraih emas dalam acara berpasukan wanita SUKMA 2022.
- Diterbit 17 September 2022 2:54 PM MYT

SKUAD gimnastik artistik Wilayah Persekutuan menambah koleksi emas kontinjen menerusi acara berpasukan wanita pada hari pertama acara tersebut yang berlangsung di Gimansium 3, Bukit Jalil, petang tadi.

Dengan barisan atlet elit kebangsaan antaranya Hannah Yasmeen Mazwan, Geanie Ng Ee Ling dan Marissa Zaiful Azian, pasukan Wilayah Persekutuan berjaya mengetepikan pihak lawan Johor (Perak) dan Pulau Pinang (Gangsa).

Wilayah Persekutuan memperagakan aksi cukup sempurna dan berjaya mengutip 177.450 mata meninggalkan pencabar Johor dengan 166.250 mata manakala Pulau Pinang 166.100 mata.

Dalam pada itu menerusi kategori all-around iaitu rutin melombol, palang bertingkat, batang titian dan senaman lantai, Marissa dan Hannah Yasmeen turut menghadiahkan pingat perak dan gangsa buat kontinjen WiPers. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas