Berita

PSTWL mahu kemudahan fasiliti dinaik taraf, tarik bakat baharu

SUHAILI (tengah) memenangi kerusi Pengerusi Persatuan Takraw Labuan (PSTWPL) bagi penggal 2021 hingga 2023.
- Diterbit 18 Oktober 2021 1:38 AM MYT

BAGI melahirkan atlet bertaraf kebangsaan di Pulau Bebas Cukai itu, Persatuan Sepak Takraw Labuan (PSTWL) mahukan kemudahan fasiliti sedia ada dinaik taraf.

Pengerusinya, Datuk Suhaili Abdul Rahman berkata, bagi mencapai matlamat itu, kemudahan pusat latihan dan kemudahan fasiliti perlu ditingkatkan agar memberikan sesi latihan yang terbaik.

Katanya, pihaknya akan membawa cadangan menaik taraf kemudahan fasiliti itu kepada Jabatan Belia dan Sukan untuk dikemukakan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“Kemudahan sedia ada perlu dinaik taraf supaya kita mampu melahirkan lebih banyak atlet sepak takraw lelaki dan wanita mewakili Labuan di peringkat kebangsaan (Sukma) ataupun mewakil negara,” katanya kepada pemberita di Mesyuarat Agung Kali- 4 PSTWPL, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Labuan Mohamad Syahffie Japril.

Terdahulu dalam majlis itu, bekas ahli parlimen Labuan itu telah memenangi kerusi sebagai pengerusi persatuan itu tanpa bertanding bagi penggal 2021 hingga 2023. –WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas