Berita

Lesen KL Madani dilanjutkan mulai 1 Julai – DBKL

PEMBAHARUAN Lesen KL Madani dilanjutkan untuk setiap enam bulan
- Diterbit 22 Jun 2023 8:02 AM MYT

LESEN KL Madani dilanjutkan mulai 1 Julai 2023 khusus bagi pembaharuan lesen untuk setiap enam bulan.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam ­satu ­kenyataan berkata ia antara ­usaha bagi ­memperkasakan ­peniaga dan ­penjaja kecil di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Kadar bagi pembaharuan lesen ialah RM20 bagi fi lesen dan RM30 sebulan bagi caj perkhidmatan ­selaras dengan tempoh dan kadar lesen sementara yang ada.

“Pemegang Lesen KL Madani yang akan tamat tempoh, ­dikehendaki memperbaharui lesen secara dalam talian menerusi laman sesawang https://elesen.dbkl.gov.my,” katanya.

DBKL turut menegaskan bahawa penjaja dan peniaga yang ­berniaga secara haram di sekitar ibu kota akan dikenakan tindakan tegas.

“Peringatan buat mana-­mana ­peniaga yang menjalankan ­perniagaan tanpa lesen yang sah, tamat tempoh dan tidak ­mematuhi atau melanggar syarat-syarat lesen seperti yang telah dinyatakan ­secara jelas akan dikenakan tindakan ­penguatkuasaan serta pembatalan lesen,” ujarnya.

Sebagai rekod, Lesen KL Madani yang sebelum ini dikenali dengan nama Lesen KL Prihatin diberi ­nafas baharu dan dijenamakan semula sejajar dengan matlamat Malaysia Madani. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas