Berita

“Semoga warga wilayah akan terus bersatu padu” – Azmin Ali

- Diterbit 31 Januari 2021 10:13 PM MYT

SEMPENA Hari Wilayah Persekutuan, Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berharap warga wilayah terus menjaga keharmonian hidup bermasyarakat. 

“47 tahun lalu, Kerajaan Persekutuan telah membentuk Wilayah Persekutuan dengan pengisytiharan Kuala Lumpur sebagai ibu negara. Hari ini Wilayah Persekutuan merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. 

“Tempat tumpuan warga menjana ekonomi, melangsungkan kehidupan, maju membangun menjulang Malaysia. 

“Semoga warga wilayah akan terus bersatu padu, menjaga keharmonian dan hormat menghormati dalam menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai medan pemacu ekonomi negara demi kemakmuran kita bersama.

“Selamat Menyambut Hari Wilayah 2021.#wilayahpersekutuanwilayahprihatin,” kongsi Azmin menerusi instagramnya @azmin_ali. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas