Lensa

Gema Aidilfitri makin terasa

- Diterbit 5 April 2024 10:23 AM MYT

Oleh SHUAIB AYOB

MEMASUKI minggu akhir Ramadan, orang ramai mulai sibuk membuat persiapan sebelum menjelang Aidilfitri. Pusat beli-belah semakin sesak ditambah lagi dengan adanya jualan murah sempena lebaran.

Syurga beli-belah yang tidak asing lagi di bandar raya Kuala Lumpur, Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) terus menjadi tumpuan sehingga larut malam untuk mendapatkan baju raya mahupun aneka kuih-muih yang tersedia.

Lensa Wilayahku sempat merakamkan kemeriahan suasana di bazar Aidilfitri yang turut menjadi tumpuan pelancong luar negara.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas