Berita

PM ucap selamat menyambut Thaipusam kepada masyarakat Hindu

TANGKAP layar rakaman video Anwar mengucapkan selamat menyambut perayaan Thaipusam.
- Diterbit 24 Januari 2024 9:45 PM MYT

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut perayaan Thaipusam kepada masyarakat Hindu di seluruh negara yang akan meraikannya esok.

Menerusi catatan dan perkongsian video di laman Facebook, Anwar berharap perayaan itu pada tahun ini lebih meriah berbanding sebelumnya serta disambut di sisi keluarga tersayang.

“Negara Malaysia meraikan kepelbagaian dan menghormati hak masing-masing…

“Oleh yang demikian, saya harap rakan-rakan daripada masyarakat Hindu merayakan (Thaipusam) dengan tenang, dengan keluarga supaya dapat ditingkat usaha mereka, akhlak dan nilai mereka dan semangat kemanusiaan mereka, dan jadikan mereka sebagai satu kekuatan induk dalam negara Malaysia yang tercinta,” katanya.

Perdana Menteri juga berkata kerajaan akan terus bekerja bagi memastikan negara terus aman dan damai serta nilai kemajmukan diperkukuh. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas