Berita

PLT mohon isytihar pembubaran

- Diterbit 10 Februari 2021 7:02 AM MYT

TDIR Event PLT (No. PLT LLP0020330-LGN) akan membuat permohonan kepada Pendaftar Perkongsian Liabiliti Terhad untuk suatu perisytiharan pembubaran menurut seksyen 50(2) Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012.

Pembubaran itu akan berlaku dalam tempoh tujuh hari selepas notis ini disiarkan.

Justeru, mana-mana pekongsi atau pemiutang PLT yang ingin membuat bantahan terhadap permohonan ini boleh membuat bantahan bertulis kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis ini.

Terdahulu, notis permohonan untuk penggulungan perkongsian liabiliti terhad secara sukarela dikeluarkan mengikut Seksyen 50(4)(a) Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012). – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas