Berita

Mayat lelaki warganegara Sweden ditemui di Jeti Marina Labuan

- Diterbit 10 Mei 2024 4:41 PM MYT

SEORANG lelaki warga asing ditemui tidak bernyawa di dalam sebuah kapal layar di Jeti Marina Awam Labuan di sini, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Labuan, Superintenden Mohd Hamizi Halim, mayat seorang lelaki berusia 55 tahun itu merupakan warganegara Sweden itu ditemuikan oleh orang awam kira-kira jam 7.16 malam Rabu.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati lelaki itu ditemui meninggal dunia di dalam kapal pelayarannya yang sedang berlabuh di perairan Labuan.

“Mayat lelaki tersebut dihantar ke Unit Forensik Hospital Labuan dan tarikh bedah siasat belum dapat ditetapkan.

“Tempoh masa meninggal dunia belum dapat dipastikan dan punca kematian masih dalam siasatan.

“Pihak polis menyeru orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini

Beliau berkata kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sehingga pihak polis menemui maklumat terbaru mengenai kejadian.

“Susulan penemuan mayat itu pihak polis meminta bantuan daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Labuan untuk mengeluarkan mayat berkenaan,”katanya lagi. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas