Berita

Pembinaan flood wall masih dalam peringkat reka bentuk

- Diterbit 18 September 2022 4:02 AM MYT

PEMBINAAN flood wall bagi menghalang limpahan air sungai sekitar Kuala Lumpur masih berada dalam peringkat reka bentuk kata Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Chr Ngah.

Katanya, proses tersebut mengambil masa kerana ia memerlukan satu reka bentuk yang baik sebelum ia dibina.

“Flood wall itu perlu direka bentuk dengan betul dan teliti supaya ia dapat berfungsi dengan baik bagi menghalang limpahan arus deras ketika hujan lebat.

“Kita juga sudah melantik kontraktor yg berwibawa untuk membinanya. Sedikit masa lagi permulaan pembinanaan akan dibuat,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Aplikasi Mudah Alih Kuala Lumpur Sport, Event & Facilities (KLSPEF) di Dataran DBKL hari ini.

Mahadi berkata, pihaknya telah menukar bag pasir yang berfungsi untuk menghalang limpahan air yang rosak di beberapa lokasi sebagai persediaan menghadapi musim banjir akan datang.

“Penggunaan bag pasir ini merupakan satu langkah sementara dan saya diberitahu sand bag yang pecah akan ditukar.

“Ianya tidak banyak kerana hanya melibatkan lapisan atas terutama yg berada dalam kawasan weathering proses ( hujan panas),” katanya. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas