Berita

Peluang hijrah warrior jana pendapatan

PERTANIAN bandar yang diusahakan di tapak Desa Water Park akan memberi hasil
- Diterbit 23 April 2021 4:14 AM MYT

SERAMAI 64 gelandangan yang menetap sementara di Pusat Transformasi Gelandangan
Anjung Kelana, Kuala Lumpur akan terlibat secara langsung dalam projek hijrah warrior
yang disediakankerajaan termasuk program kebun bandar.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata, projek tersebut merupakan inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) yang bertujuan untuk memberi pekerjaan dan membantu gelandangan menjana pendapatan sendiri.

“Di sini (mereka) disediakan tempat penginapan yang lengkap, termasuk bilik untuk setiap
seorang dengan kemudahan katil, bilik mandi dan dewan makan.“Kita juga menyediakan
ruang untuk mereka melakukan aktiviti-aktiviti khusus yang boleh memberikan sumber pendapatan
seperti kebun bandar,” katanya kepada Wilayahku selepas Program Prihatin Ramadan pada Isnin.

Menurut Mahadi, pada masa ini, projek kebun bandar yang diusahakan berjaya menanam beberapa
jenis sayuran kontan, namun hasil tuaian dijangka dalam tempoh tiga hingga empat bulan akan datang.
Beliau berkata, pasaran pertanian yang akan dilakukan selepas tuaian hasil boleh memberi
pendapatan baharu kepada kumpulan gelandangan di Anjung Kelana selain menjadi pekerjaan tetap
mereka.

Dalam pada itu, katanya, usaha tersebut akan dilaksanakan secara berterusan dan dijadikan satu aktiviti yang berpanjangan sekali gus mengelakkan gelandangan kembali ke kepompong asal serta hidup
berpeleseran.

“Dengan itu, mereka boleh menjadi seperti orang biasa yang ada kerja, pendapatan dan sudah tentu
hasil yang diperoleh dapat membantu mendapatkan tempat tinggal yang lengkap. “Janji mereka rajin dan mempunyai ketahanan untuk mengusakan kebun bandar ini,” ujarnya sambil berkata, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa turut komited membantu menambahbaik inisiatif sedia ada.

Tambahnya, kawasan pertanian yang lebih luas bakal diwujudkan dan akan mengambil kira kumpulan gelandangan sebagai pekerja tetap nanti. -SABRINA SABRE-WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas