Selebriti

Nora paksa suami ceraikan isteri pertama – Netizen

||||
- Diterbit 5 Disember 2021 4:35 AM MYT

KECOH dalam media sosial, apabila ada Khabar angin mengatakan penyanyi lagu Persimpangan Dilema, Datuk Nora sebenarnya sudah dua tahun bernikah.

Dakwa seorang warganet, kononnya Nora telah menyembunyikan tarikh sebenar pernikahannya dengan Dr Rushdi Ramli yang difahamkan sudah hampir dua tahun.

“Dia beritahu kepada umum kononnya baru dilamar apabila wajah suami baharunya itu kantoi dalam satu video percutian Nora ke Langkawi.

“Bukan baru kahwin ya, dah dua tahun. Hebat Nora berjaya menipu satu Malaysia,” kata individu berkenaan yang dipercayai kenalan rapat anak kepada Dr Rushdi.

Lebih mengejutkan, terdapat juga dakwaan mengatakan kononnya Nora meminta suaminya itu menceraikan isteri pertamanya.

Terdahulu, usaha menghubungi Nora bagi mendapatkan pengesahan tidak berjaya.

Terdahulu, Nora selamat bernikah dengan kawan baik arwah suaminya, Allahyarham Johan Nawawi dalam satu majlis tertutup baru-baru ini.

Pernikahan Nora ini juga menutup gosip kononnya dia pernah bernikah dengan seorang menteri seperti yang bertebaran sebelum ini.

Nora mendirikan rumah tangga bersama komposer terkenal tersebut pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan.

Namun arwah Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.

Pada 13 Disember 2019, Nora diuji dengan pemergian anak kedua, Muhammad Syakir Aliff yang ketika itu baru berusia 20 tahun. – WILAYAHKU

Sumber: Boom!

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas