Berita

MPM nafi kenakan caj kadar fi tinggi

- Diterbit 18 Ogos 2020 2:40 AM MYT

MEGAH port Managament Sdn Bdn (MPM) nafi bahawa tiada sebarang kenaikan bagi kadar bayaran dan fi kepada pelanggan.

Ia susulan terdapat beberapa dakwaan pihak MPM mengenakan kadar bayaran dan fi yang tinggi berbanding sebelumnya.

Pengarah Urusan MPM, Tan Sri Bakri Mohd Zinin berkata, seperti yang diumumkan sebelum ini, MPM telah membuat langkah pertama untuk mengecualikan kesemua kadar bayaran dan fi berdasarkan kesan COVID-19 kepada pelanggannya.

“Sehingga kini, pihak syarikat masih belum lagi mengutip sebarang bayaran dan fi dan MPM tidak berhasrat untuk berbuat sedemikan sehingga sesi dialog awam dibuat bagi membincangkan terma-terma tersebut.

“Sehingga akhir bulan Julai, kita telah melabur sebanyak RM6.3 juta untuk penambahbaikan infrastruktur di Terminal Labuan Liberty walaupun telah pengurangan kira-kira 35% dalam jumlah kargo,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa satu sesi dialog awam akan diadakan pada 28 Ogos ini bagi bertemu dengan persatuan perdagangan, dewan dan pengguna pelabuhan serta badan-badan yang berkaitan bagi membincangkan perkara yang berkaitan dengan pelabuhan setelah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan.

Sebelum tempoh yang tidak pernah berlaku sebelum ini, aktiviti ekonomi mencatat kelembapan akibat PKP dan COVID-19 dan secara logiknya syarikat mengurangkan perbelanjaan modal mereka. Namun, kita melakukan yang sebaliknya.

Sementara itu, Pengurus Ejen Ben Line Agencies Sdn Bhd, Anthony Dass berkata sepanjang tempoh PKP dilaksanakan pihak MPM memberikan pengecuali dan menafikan bahawa ada caj tambahan dikenakan.

“Inisiatif pihak MPM untuk memanjangkan waktu operasi telah memberi banyak manfaat kepada kami kerana ia membolehkan pengguna pelabuhan menyelesaikan pemuatan dan pemunggahan kargo dengan lebih berkesan berbanding dengan sebelum ini,” katanya. – OLEH: KHAIRUL IDIN – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas