Selebriti

“Minta maaf kepada mereka yang tak suka saya berpelukan dengan suami” – Fasha Sandha

- Diterbit 14 September 2023 1:37 PM MYT

KECOH dan menjadi perbualan ramai apabila video aksi mengghairahkan Fasha Sandha bersama suami, Aidil Aziz, berdendam dalam jakuzi.

Video yang dimuatnaik dalam Instagram Fasha itu mengundang pelbagai kecaman dari netizen.

Namun, Fasha tidak mudah melatah malah dengan rendah diri meminta maaf kepada mereka yang kurang senang dengan aksi tersebut.

“Kalian memuji, terima kasih. Kalian mengeji pun terima kasih.

“Saya bertugas, saya masih makan gaji. Saya bukan bos, saya masih kuli. Saya hanya menjalankan tugas dan komitmen.

“Saya minta maaf kepada mereka yang tak suka saya berpelukan dengan suami.

“Pejam celik dah 6 tahun kami bersama, syukur.

“Ya, perkahwinan ini adalah pinjaman daripada Yang Esa. Kita pun tak tau berapa lama pinjaman, cuma kita mendoakan agar pinjaman ini berkekalan ke akhir hayat.

“Doakan baik-baik, semoga yang baik-baik juga buat kalian,” tulisnya dalam Instagram.

Fasha juga menjelaskan teguran yang diberikan itu menandakan ramai yang prihatin dan sayangkan dirinya.

“I love you. Lovers or haters, i still love you. Orang tegur, kecam, puji bermakna orang masih ambil tahu dan sayang.

“Dalam dunia ini perlu ada orang tegur dan kecam untuk menjadikan kita manusia yang lebih baik, insya-Allah,” katanya.

Terdahulu, hantaran dimuat naik Fasha mengundang kecaman ramai apabila dilihat tidak sepatutnya  mempamerkan aksi ghairah suami isteri sebagai tatapan umum.– WILAYAHKU

 

https://www.instagram.com/reel/CxKJZMaycyp/?igshid=MzRlODBiNWFlZA==

 

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas