Selebriti

“Mama ambil tempat ayah dengan sempurnanya” – Kaka Azraff

- Diterbit 21 Jun 2021 1:04 AM MYT

SEMPENA Hari Bapa semalam, penyanyi Kaka Azraff meluahkan rasa bangga terhadap ibunya yang mengambil peranan sebagai ayah setelah bergelar ibu tunggal.

Bagi Kaka, ibu tunggal yang memainkan peranan sebagai ayah adalah wanita hebat yang sangat dikaguminya.

“For more than 20 years selepas ayah pergi , mama besarkan anak-anak sendiri. Sorang-sorang. Mama tak nak kahwin lain sebab dia nak jumpa ayah di akhirat, insya Allah mama dengan izinNya.

“Mama kerja, mama bayar semua bil, mama handle semua anak sendiri. Membesar dengan melihat usaha mama seorang diri buat semua ni, buat kaka jadi kuat semangat utk kejar impian kaka iaitu, ‘nak buat mama hidup senang’.

“Thats my dream, membahagiakan mama. And i will never stop selagi mama masih ada. Janji!” Tulis Kaka menerusi instagramnya.

Kaka juga menjelaskan, ibunya tidak pernah membuatkan Kaka dan tiga lagi adik-beradik yang lain lain rasa kurang walaupun ketiadaan ayah.

“Bagi Kaka, selepas pemergian ayah, mama tak pernah buat kami adik beradik berasa kurang.

“Jadi untuk itu, Selamat Hari Ayah mama. Sebab mama ambil tempat Ayah dengan sempurnanya. I love you so much! I miss you soo much! Nanti bila semua ni dah berakhir, kaka nak bawak mama bercuti. Okay?

“Insya Allah. Love you my real superwoman! Wanita kuat, wanita hebat.

“Selamat Hari Bapa kepada semua single mothers out there! Kamu semua hebat! #Janjiku” Luahnya pelantun lagu Gila ini lagi. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas