Selebriti

Lan Solo kecewa ada orang busuk hati

- Diterbit 22 Jun 2021 2:00 PM MYT

PENYANYI Lan Solo kecewa apabila menjadi mangsa dengki dan tidak puas hati individu sehingga menyebabkan dirinya disaman beberapa kali.

Sekali lagi Lan Solo disaman pagi tadi ketika Lan melakukan kerja-kerja memunggah stok yang baru tiba di kedainya di Puchong Prima, Selangor sebelum didatangi dua orang penguasa Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).

Lan disaman atas alasan lori kontena yang menghantar stok menghalang lalu lintas.

“MBSJ datang lagi. Puas hati kau wahai pengadu? Waktu aku angkut barang dari kontena, masa itulah ada orang buat aduan dan MBSJ terus datang buat kerja. Allahuakbar.

“Katanya aduan mengganggu lalu lintas! Kat mana yang aku ganggu lalu lintas? Pagi buta sesak tang mana? Keadaan kedai agak sibuk tu aku faham lah. Yang kau mengadu tak habis-habis tu dah kenapa! Jadi disebabkan ada aduan, mereka tetap kena keluarkan saman. Terima kasih @sjcitycouncil,” tulisnya pada ruangan kapsyen video yang dimuatnaiknya di Instagram.

Lan berasa kecewa apabila ada individu menuduh dirinya mengganggu lalu lintas sedangkan keadaan jalan di hadapan kedainya pada waktu itu agak lengang.

“Tak tahu nak cakap apa. Apa masalah kau (pengaruh) sebenarnya. Aku cari makan je kot. Dahlah musim PKP macam ni, jualan pun tak menentu.

“Sekarang cerita dia, kalau kau rasa tak puas hati dengan aku, dengan kedai aku, beritahu je. Kau tak payah nak buat aduan kepada MBSJ sampai susahkan mereka kena datang tengok dan keluarkan saman.

“Aku tak kisah sebab mereka buat kerja. Tapi masalahnya kau tu dah kenapa tak habis-habis. Orang Melayu kot nak meniaga. Tolonglah. MBSJ dah ambil tindakan, kau puas hati kan? Terima kasih banyak-banyak, semoga urusan kau dipermudahkan dunia akhirat,” luahnya lagi.

Lan Solo mula membuka kedai Solo Borneo Mart yang menjual produk makanan kering dari Sabah dan Sarawak sejak tahun lalu.

Semoga segala urusan Lan Solo dipermudahkan. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas