Berita

LIMA RESIPI OATMEAL SIHAT

|||||
- Diterbit 12 Jun 2021 4:00 AM MYT

RAMAI yang leka dengan resipi viral di laman sosial, pelbagai makanan berlemak dan berminyak menjadi santapan mata. Lantas diet yang diamalkan hanyalah sia-sia.

Seperti yang kita tahu, oat sering menjadi hidangan waktu sarapan. Bahan yang ringkas dan mudah tentunya dapat menjimatkan masa untuk menghasilkannya. Apa kata kali ini, kita gunakan resipi oat untuk menu harian!

Penggunaan oat adalah bagi menggantikan nasi dan ia lebih membuatkan kita kenyang. Jadi bagi yang tidak ada selera untuk makan nasi, bolehlah menyediakan lima menu oatmeal sihat seperti yang dicadangkan oleh akhbar Wilayahku edisi kali ini.

BUBUR TUNA

BAHAN-BAHAN

8 sudu besar oat

2 ¼ cawan air

4 sudu besar tuna ditumbuk

4 sudu besar jagung direbus

4 sudu besar lobak merah dicincang halus

½ cawan sayur bayam direbus

10 helai daun selasih

1 sudu kecil garam

2 tangkai daun bawang dihiris

CARA PENYEDIAAN

  1. Oat direndam dengan air panas. (Pastikan oat itu pekat)
  2. Masukkan tuna, jagung, lobak merah, bayam, daun selasih dan garam.
  3. Masak di atas api sederhana selama lebih kurang 5 minit.
  4. Masukkan bubur tuna ke dalam mangkuk.
  5. Hiaskan dengan menggunakan daun bawang dan boleh dihidangkan.

KUTLET AYAM

BAHAN-BAHAN

2 fillet ayam tanpa tulang, dibuang kulit dan lemak, dicincang

10 sudu besar Oat Segera/Oat Cepat Dimasak Quaker

½ bawang saiz sederhana dihiris halus

½ inci halia dihiris halus

1 ulas bawang putih

1 sudu besar kicap cair

½ sudu teh garam

2 sudu teh minyak masak tak tepu

CARA PENYEDIAAN

  1. Campurkan ayam cincang dengan oat, bawang, halia, bawang putih, kicap cair dan garam di dalam mangkuk.
  2. Lecek campuran tersebut dengan sempurna dan bahagikan kepada empat bahagian.
  3. Tekan setiap bahagian kepada kutlet yang leper.
  4. Menggunakan periuk yang tidak melekat, reneh satu kutlet dengan setengah sudu teh minyak dan tutup penutup periuk.
  5. Gunakan baki minyak untuk memasak kutlet yang lain.
  6. Hidangkan bersama sos kegemaran anda.

PANCAKE OAT, JAGUNG DAN AYAM

BAHAN PANCAKE

¼ cawan Oat Segera/Oat Cepat Dimasak Quaker

½ cawan tepung gandum penuh

½ sudu besar serbuk penaik

½ sudu teh garam

½ cawan susu tanpa lemak atau rendah lemak

½ telur dipukul dengan sempurna

1 sudu besar minyak masak tak tepu

BAHAN INTI

100 gram fillet ayam tanpa tulang, dibuang kulit dan lemak, dicincang

1 sudu besar minyak masak tak tepu untuk memasak ayam

4 sudu besar isi jagung direbus

1 lada benggala merah dipotong dadu

2 cili merah dihiris halus

CARA PENYEDIAAN

  1. Campurkan semua bahan pancake kecuali minyak masak dan ketepikan.
  2. Goreng kilas ayam cincang dengan 1 sudu teh minyak masak sehingga dimasak sempurna dan ketepikan.
  3. Panaskan ¼ sudu minyak masak dan tuang satu sudu besar adunan pancake ke dalam periuk.
  4. Ratakan adunan dalam periuk, tutup penutup dan biarkan beberapa saat.
  5. Apabila adunan pancake mula membuak, taburkan isi ayam tadi, isi jagung, lada benggala dan cili merah di atas
  6. Tutup penutup dan biarkan adunan masak sekata.
  7. Apabila pancake masak, keluarkannya dan hidang dengan sos pilihan anda.

RICH MANGO OATS SHAKE

BAHAN-BAHAN

8 sudu besar oat dikisar

1 biji mangga besar dikupas dan dicincang

1 ½ cawan susu rendah lemak

1 sudu kecil gula atau pemanis

½ cawan ketulan ais

CARA PENYEDIAAN

  1. Masukkan serbuk oat, mangga, susu, gula atau pemanis dan ketulan ais ke dalam pengisar.
  2. Kisar sehingga semua bahan sebati dengan baik.
  3. Rich Mango Oats Shake siap untuk dihidangkan.

STRAWBERRY OVERNIGHT OATS

BAHAN-BAHAN

5 hingga 6 sudu besar rolled oat

1 cawan susu segar

1-2 sudu besar yogurt asli

½ sudu besar chia seeds

1-2 sudu besar madu

Kacang pistachio

Buah strawberi

CARA PENYEDIAAN

  1. Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam mangkuk.
  2. Apabila sudah sebati, biarkan semalaman di dalam peti sejuk.
  3. Kemudian sedia untuk dinikmati.

– WILAYAHKU – SABRINA SABRE

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas